KUALA NERUS 12 Feb. – Seramai 183 orang graduan kalangan anak Terengganu yang berjaya mencapai Kepujian Kelas Pertama dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 hari ini diraikan dalam majlis penyampaian Anugerah Sarjana Terengganu 2018 di sini. Majlis anjuran kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan ia berlangsung di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort di sini. Yang turut hadir,…









