11 pelarian Rohingya ditahan di Pulau Ketam - Utusan Malaysia

11 pelarian Rohingya ditahan di Pulau Ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tindakan 11 pelarian Rohingya memasuki negara ini secara haram mengundang padah selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) sekitar Pulau Ketam, Pelabuhan Klang dekat sini semalam.

Mereka yang terdiri daripada enam lelaki dan lima wanita berusia lingkungan 12 hingga 57 tahun itu ditahan di di tiga lokasi berasingan iaitu Jalan Besar Sungai Satu,  Jalan Besar Bagan Teo Chew dan Jeti Awam Pulau Ketam antara pukul 3 hingga 5 petang.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Khairuddin Jamal berkata, kesemua warga asing terbabit ditahan ketika pihaknya sedang melakukan Ops Pensura di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kesemua mereka tiba di pulau berkenaan pada Isnin lalu melalui jalan tikus atau laluan tidak sah.

“Siasatan lanjut kita mendapati mereka memasuki negara ini untuk mencari perlindungan memandangkan terdapat ahli keluarga mereka berada di sini.

“Selain itu, kesemua yang ditahan itu baru pertama kali memasuki negara ini dan mereka tidak bekerja di pulau berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Khairuddin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka baharu pertama kali ke negara ini dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Tambah beliau, kesemua warga asing terbabit kemudiannya telah dibawa ke markas operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN