11 PATI ditahan, menyorok di sebalik pucuk kelapa, buah pinang, gula melaka - Utusan Malaysia

11 PATI ditahan, menyorok di sebalik pucuk kelapa, buah pinang, gula melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU BAHAT 20 Feb. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyelinap masuk ke negara ini di Sungai Jeti Perikanan di sini awal pagi semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khong Chiang berkata, dalam operasi pada pukul 3 pagi itu, pihaknya menahan kesemua PATI lelaki berusia antara 25 hingga 48 tahun.

Katanya, ketika Ops Gelora diadakan, PATI berkenaan bersembunyi di sebalik bot membawa muatan pucuk kelapa, buah pinang serta gula melaka bagi mengelak daripada dicekup.

“Pemeriksaan menyeluruh terhadap bot barter trade turut menemui selaras senapang angin yang dipercayai dibawa PATI terbabit.

“Pihak kita turut menahan tekong dan awak-awak bagi membantu siasatan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN