10 terperangkap dalam runtuhan salji di Kashmir - Utusan Malaysia

10 terperangkap dalam runtuhan salji di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR, India 8 Feb. – Pasukan penyelamat berdepan cabaran untuk sampai ke tapak runtuhan salji yang memerangkap 10 orang di Kashmir pentadbiran India setelah dua hari salji turun lebat di rantau ini.

Runtuhan salji itu menimpa fasliliti kecemasan kebakaran semalam di kawasan Banihal, Lembah Kashmir.

Menurut Ketua Polis Kashmir, Swayam Prakash Pani, seramai enam anggota polis, dua banduan dan dua kakitangan lain telah berlindung di sana ketika dilanda ribut salji.

“Kita tidak dapat menyelamatkan sesiapa ketika ini kerana cuaca yang buruk dan salji yang turun dengan lebat,” katanya.

Lebih 50 penerbangan keluar dan masuk di bandar utama, Srinagar telah dibatalkan disamping pihak berkuasa mula membuat pencatuan bagi petrol dan diesel yang mana bekalan telah berkurangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN