SAUDARA PENGARANG, PELBAGAI reaksi daripada ibu bapa, guru dan netizen apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) di semua sekolah rendah dan menengah. Maszlee berkata, sudah sampai masa ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan bersifat sehala diubah serta-merta. Inilah senario kebanyakan perhimpunan sekolah pada masa kini. Perhimpunan secara konvensional ini perlu diubah selari program penjenamaan pembelajaran abad ke-21. Walaupun ada pendapat kurang bersetuju…