PARIS – Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala 33 lagi cedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di sini, kata seorang pegawai kerajaan kelmarin. Kebakaran itu berlaku di premis setinggi lapan tingkat di Rue Erlanger, barat daya Paris kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) disyaki dimulakan secara sengaja oleh seorang penghuni wanita yang mengalami masalah psikologi. Ia merupakan insiden paling buruk di Paris sejak tahun 2005 dan lebih 200…










