KUALA LUMPUR 6 Feb. – Carbon Black, penyedia keselamatan titik akhir generasi akan datang menerusi awan mendapati sejuta cubaan serangan siber direkodkan setiap hari secara purata pada 2018. Menurut Data Ancaman Global Carbon Black, jumlah itu berdasarkan kajian dilakukan terhadap pelanggannya merangkumi sebanyak 15 juta titik hujung global. Katanya, lima industri utama menerima serangan siber pada 2018 adalah komputer/elektronik, penjagaan kesihatan, perkhidmatan perniagaan, perisian/internet dan pembuatan. “Purata titik akhir yang…










