Zii Jia mara, Momota terkandas - Utusan Malaysia

Zii Jia mara, Momota terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum mengesahkan tempat di pusingan kedua kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters, hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, di sini menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu menundukkan Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-18, 21-10.

Bagaimanapun, hasratnya untuk membuat perhitungan dengan juara dunia dari Jepun, Kento Momota tidak kesampaian selepas pemain No.1 dunia itu tewas kepada rakan senegaranya, Kenta Nishimoto 15-21, 21-14, 20-22.

Turut ke pusingan kedua ialah beregu lelaki muda negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Marcus Ellis-Chris Langridge 21-19, 21-12.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menyingkirkan Di Zijian-Wang Chang 21-14, 19-21, 21-9 untuk bertemu juara dunia tiga kali dari Indonesia, Ahmad Ahsan-Hendra Setiawan yang menundukkan Kim Gi Jung-Lee Yeon Dae 21-11, 21-13. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN