KOTA KINABALU 16 Jan. – Yayasan Amal Malaysia (YAM) membuka ‘Dapur Rakyat’ untuk mangsa kebakaran di Kampung Karakit Pulau Banggi, Kudat. Keprihatinan YAM mewujudkan Dapur Rakyat itu bagi memudahkan urusan pengendalian makanan kepada mangsa serta sukarelawan yang hadir dan mengedarnya ke pusat penempatan sementara di Pentas Terbuka Karakit Pulau Banggi. Ketua Operasi Bantuan YAM Hamran Jawan berkata kos operasi adalah ditanggung sepenuhnya oleh yayasan itu hasil sumbangan orang ramai. Katanya…










