Yadim: Usaha runtuhkan institusi agama Islam? - Utusan Malaysia

Yadim: Usaha runtuhkan institusi agama Islam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pelantikan barisan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang kebanyakannya terdiri daripada lantikan politik seolah-olah menunjukkan usaha Pakatan Harapan (PH) meruntuhkan institusi agama Islam dalam negara.

Turut mencuri perhatian rakyat khususnya yang beragama Islam apabila Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) daripada DAP turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Shahir Adnan berkata, pelantikan itu dilihat amat janggal berikutan matlamat ahli DAP adalah berdasarkan visi dan parti mereka.

“Bagaimana Yadim akan berfungsi untuk mengembangkan dakwah islam di sebalik lantikan politik tanpa berlakunya keadaan berat sebelah kepada pendakwah-pendakwah lain yang tidak sealiran fahaman politiknya atau yang berada di atas pagar?

“Pelantikan sebegini bukan sahaja meranapkan harapan rakyat untuk melihat perubahan lebih baik dengan dogma Malaysia baharu, malah dilihat memperkotak-katikkan Manifesto Pakatan Harapan selain meruntuhkan institusi agama islam yang mulia seperti Yadim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, satu senarai yang didakwa sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim yang baharu tersebar di media sosial dan mendapat kritikan pelbagai pihak kerana dikaitkan dengan isu lantikan politik. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN