BERLIN 1 Jan. – Polis menahan seorang lelaki Jerman berusia 50 tahun dipercayai merempuh orang ramai hingga mencederakan empat orang dengan kereta di Bottrop, Jerman hari ini. Menurut polis tempatan dalam kenyataannya, suspek yang ditahan ketika cuba melarikan diri juga membuat cemuhan rasis. “Pihak penyiasat mengesyaki serangan sengaja itu kemungkinan berkaitan dengan pandangan xenofobia suspek. “Sebagai tambahan, penyiasat sedang mendapatkan maklumat mengenai kesihatan mental suspek,” katanya. Serangan itu berlaku pada…










