Wozniacki buka langkah kanan - Utusan Malaysia

Wozniacki buka langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND – Bekas pemain No. 1 dunia, Caroline Wozniacki memulakan kempen pemanas badan sebelum menyertai Kejohanan Terbuka Australia minggu depan dengan positif apabila mencatat kemenangan ke atas pemain Jerman, Laura Siegemund 6-3, 6-2 di Kejohanan Klasik Auckland semalam.

Wozniacki terlepas gelaran di Auckland ini selepas muncul naib juara musim lalu sebelum bangkit menjuarai gelaran Terbuka Australia kemudiannya.

Justeru, pemain berusia 28 tahun itu mengakui kemenangan semalam merupakan petanda positif buat dirinya sebelum beraksi mempertahankan gelaran Grand Slam yang dimenanginya di Melbourne.

“Permainan saya agak kaku sedikit. Turun beraksi pada perlawanan pertama sudah tentu bukan seperti apa yang kita jangkakan, tetapi saya hanya cuba bertahan dan mengembalikan semula rentak permainan saya secara perlahan-lahan.

“Harapnya selepas ini saya beraksi dengan lebih baik. Saya gembira kerana dapat kembali ke kejohanan ini dan memanaskan badan se-perti tahun lepas sebelum menyertai Terbuka Australia.

“Semoga tahun ini ia terus memberi saya tuah untuk muncul juara kali ini,” jelas Wozniacki.

Wozniacki dijadual berdepan pemain kelayakan Kanada, Bianca Andreescu di pusingan ke-dua awal pagi esok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×