Wolves singkirkan Liverpool - Utusan Malaysia

Wolves singkirkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Jan. – Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas 1-2 kepada Wolvershampton awal pagi tadi.

Jaringan Ruben Neves pada minit ke 55 memastikan Wolves mara ke pusingan keempat sementara Liverpool yang merupakan juara sebanyak tujuh kali terkandas di pusingan ketiga.

Hakikatnya, Wolves mempamerkan permainan yang di luar daripada kebiasaan ketika Liverpool pula mempertaruhkan barisan muda apabila Jurgen Klopp menurunkan dua pemain muda buat pertama kali iaitu Curtis Jones, Rafael Camacho dan pemain berusia 16 tahun Ki-Jana Hoever.

Hoever di bawa masuk selepas enam minit perlawanan mengggantikan Dejan Lovren yang mengalami kecederaan hamstring.

Hoever yang direkrut dari akademi Ajax merupakan pemain ketiga yang termuda beraksi untuk Liverpool dalam sejarah kelab itu dan pemain yang paling muda pernah beraksi untuk kelab itu dalam Piala FA.

Wolves membuka jaringan pada minit 38 melalui Raul Jeminez dan Liverpool bangkit pada separuh masa kedua menyamakan kedudukan oleh Divock Origi.

Tetapi tiga minit selepas itu, Neves memastikan langkah Liverpool dalam saingan Piala FA musim ini hanya terhenti setakat pusingan ketiga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN