PENAMPILAN Datuk Aaron Aziz tempoh hari agak santai. Sesuai dengan watak Talhah yang dibawakan menerusi drama rantaian terbaharu lakonannya, ‘Patah Sayap Bertongkat Paruh’, Aaron selesa mengenakan celana krim dan kemeja berona jingga. Berbeza dengan watak-watak terdahulu yang memerlukan Aaron sentiasa menggayakan sepasang sut dan tali leher, lelaki berusia 43 tahun itu tidak kisah dengan perubahan karakter biarpun sehingga 80 darjah. “Mungkin ada yang berpendapat, wajah saya tidak tiada ciri-ciri lelaki…










