KUALA LUMPUR- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak mudah berpuas hati dengan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan juga wajar berhati-hati dengan tindakan merosakkan kemenangan itu.
“Kita tidak harus cepat berpuas hati, malah kita harus berwaspada dengan tangan-tangan yang mahu mencurangi agenda reformasi yang didambakan rakyat
“Jika kita benar benar mendengar dan melihat, kita akan temui pelbagai kebimbangan dan keresahan di bawah.
“Sebagai contoh, saya baru-baru ini menjalankan kajian dalam kalangan 3,000 pelajar yang menghadiri suatu acara bual bicara dan mendapati keresahan terkait gaji yang rendah serta masalah pengangguran,” katanya dalam Perutusan Tahun Baru yang dikeluarkan di sini hari ini. – K! ONLINE










