Warganet betulkan ejaan ayat Kursi Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Warganet betulkan ejaan ayat Kursi Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Gara-gara ‘auto-correct’ ayat suci al-Kursi surah al-Quran menjadi ayat kerusi. Itu yang terjadi kepada Twitter Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada kicauan di Twitter, Syed Saddiq memuji pengasuhnya yang seringkali membisikkan bacaan ayat Kursi ke telinganya ketika tidur pada waktu kecil. Bagaimanapun perkataan Kursi menjadi kerusi.

“Seperti seorang ibu, kak Siti jaga Saddiq dari kecil dahulu. Saddiq dikenali sebagai seorang anak yang paling nakal.

“Tetapi kak Siti sentiasa ada untuk menasihati dan malam-malam bisik bacaan ayat ‘kerusi’ di telinga bila Saddiq dah tidur. I wish i had more time to visit her in Perak,” kicau Syed Saddiq.

 

“Kursi… bukan kerusi la YB,” kata @RHZ81286323

Double check next time YB,” @arfandaus memberi ingatan.

Auto-correct je pun. Itu pun hampa nak kecoh,” tulis @ezri_zul.

Selang tidak beberapa lama Syed Saddiq menghantar kicauan itu, beliau menyedari kesilapan yang berlaku dan membalas,” Ya Allah. Auto-correct dia. Kursi.”

 

“Hahahaha. Ni kes type and send terus, tak check dah,” kata @Syaniezamatisa.

“Disable auto-correct tu. Jadi bahan troll je bro,” nasihat @JefMdNor.

Its okay chill la. Sikit jer. Takpa kita geng,” kata @izzaty893

“Alhamdulillah. Yes. Hati-hati YB,” balas @mama190381.

Ayat al-Kursi merupakan Ayat 255 Surah al-Baqarah dalam al-Quran. Ayat al-Kursi juga dikenali  sebagai ‘penghulu’ segala ayat al-Quran. Ayat tersebut diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW.

Ayat berkenaan disebut ‘ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘Kursi’ bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’.

Ayat Kursi bermaksud, “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).-UTUSAN ONLINE  

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN