Warga emas meninggal dunia ketika mengaji al-Quran - Utusan Malaysia

Warga emas meninggal dunia ketika mengaji al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 25 Jan. – Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat jumaat di Masjid Bandar, di sini pagi tadi.

Abd. Muhlis Daris, 68, dari Kampung Tanjung Batu Keramat Laut itu difahamkan sedang mengaji al-Quran sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam satu kenyataan malam ini berkata, orang awam yang sedar kejadian itu menghubung Hospital Tawau untuk bantuan segera.

“Anggota paramedik yang tiba di masjid tersebut melakukan pemeriksaan terhadap warga emas ini sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, Abd. Muhlis mempunyai penyakit darah tinggi dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×