KUALA LUMPUR – Penyanyi Wany Hasrita bakal terbang ke Greece pada 21 Januari depan bagi menjalani penggambaran klip video untuk lagu terbaharunya, Terlalu Memuja. Menurut Wany, dia akan berada di sana selama lima hari dan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik termasuk Santorini. “Saya berasa sangat teruja memandangkan ini kali pertama saya menjalani penggambaran klip video di luar negara. “Tambahan pula, lagu ini dicipta oleh Sharon Paul. Jadi, bertambah semangat…










