KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seorang wanita warga asing ditemukan maut selepas dipercayai dibunuh di dalam sebuah bilik rumah pekerja di Jalan Reko, Kajang dekat sini petang semalam. Mangsa yang merupakan pekerja kedai perabot ditemukan oleh majikannya dalam keadaan separuh bogel dengan kedua-dua tangan terikat dengan menggunakan kain dan mulut juga disumbat kain pada pukul 6.24 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, kejadian tersebut disedari majikannya selepas mendapati pekerjanya berusia dalam lingkungan 30-an itu tidak datang bekerja selama tiga hari. “Berdasarkan maklumat diperoleh, kali terakhir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya