Wanita tempatan dalang edar dadah di pusat hiburan dicekup - Utusan Malaysia

Wanita tempatan dalang edar dadah di pusat hiburan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di pusat hiburan sekitar Lembah Klang susulan tangkapan seorang wanita tempatan di Perumahan Awam, Cheras di sini.

Dalam serbuan pada Khamis lalu itu, polis turut merampas serbuk ekstaksi seberat 1.542 kilogram bernilai RM128,190 yang dipercayai boleh dibekalkan kepada 1,500 pengih dadah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun itu bergerak aktif mengedar dadah jenis ekstaksi di pusat-pusat hiburan di sekitar ibu negara.

“Dalam serbuan itu, kita turut menyita wang tunai berjumlah RM2,350, Perodua Viva dan sebuah akaun bank yang memiliki wang sebanyak RM226,190.

“Suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×