Menyebut sepotong nama figura jelita, Kangana Ranaut, dia bukan orang baharu dalam industri perfileman Bollywood. Kelantangannya dalam membentangkan pendapat acap kali memercik kontroversi sehingga segelintir pemerhati industri melabelnya sebagai wanita yang bermulut celupar. Itu belum lagi ditolak campur kontroversi hubungan cintanya dengan aktor berbadan sasa, Hrithik Roshan yang gagal menemui jalan bahagia. Akibatnya, hubungan manis yang difahamkan terjalin ketika penggambaran filem Krrish 3 bertukar menjadi pahit. Biarpun tidak dapat dipastikan…








