Vietnam mara ke suku akhir - Utusan Malaysia

Vietnam mara ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI – Vietnam muncul wakil tunggal dari Asia Tenggara berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Asia 2019 selepas menewaskan Jordan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti, setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Al Maktoum kelmarin.

Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam yang dilahirkan di Moscow, Rusia, muncul wira skuad Naga Emas sewaktu penentuan sepakan penalti apabila berjaya menafikan percubaan Ahmad Saleh.

Kemenangan itu memboleh­kan juara Piala AFF Suzuki 2018 tersebut mengulangi pencapai­an edisi 2007, sekali gus meneruskan harapan mereka untuk menempatkan diri sebagai empat pasukan terbaik seperti dilakukan pada edisi 1956 dan 1960.

Ketua jurulatih Vietnam dari Korea Selatan, Park Hang-seo amat berbangga dengan prestasi dan keinginan tinggi ditunjukkan semua pemainnya dalam perlawanan itu.

“Kami tidak mendapat banyak sokongan berbanding negara-negara besar dan kaya tetapi kami adalah satu pasukan yang berjuang bersama-sama.

“Boleh dikatakan kami bernasib baik dapat mara ke pusingan 16 terbaik sebelum ini tetapi hari ini (kelmarin) para pemain telah membuktikan mereka layak untuk beraksi di peringkat suku akhir,” katanya.

Jordan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Baha Abdulrahman dalam separuh masa pertama sebelum Nguyen Cong Phuong menya­makan kedudukan pada minit ke-51, sekali gus membolehkan perlawanan itu diheret ke masa tambahan dan seterusnya penentuan sepakan penalti.

“Sukar untuk menerima hakikat kami terpaksa pulang awal daripada kejohanan ini tetapi saya berpuas hati kerana tiada sesiapa menjangkakan kami mampu mara sebagai 16 pasukan terbaik Asia,” jelas pengendali Jordan, Vital Borkelmans. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×