PEKAN – Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang pada istiadat pemasyhuran di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini pagi tadi. Watikah pemasyhuran tersebut dibacakan Pengerusi Istiadat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di hadapan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sejurus dimasyhurkan, Tengku Abdul Rahman mempersembahkan watikah tersebut kepada Al-Sultan Abdullah yang seterusnya mengurniakan ia kepada permaisuri baginda,…










