[VIDEO] Terkejut buaya sesat dalam longkang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Terkejut buaya sesat dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 25 Jan. – Lebih 100 penduduk di Kampung Demak Baru gempar apabila seekor buaya sesat ditemukan dalam longkang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, seorang penduduk yang melalui kawasan berkenaan terkejut melihat seekor buaya dalam longkang tersebut lalu kemudian menghubungi bomba untuk menangkap haiwan itu.

Bertindak atas panggilan kecemasan tersebut sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya diaturgerak ke lokasi .

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Tan Min Chai, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa kira-kira satu jam untuk menangkap buaya tersebut.

“Ketika pasukan kami tiba, reptilia sepanjang tiga meter itu berada dalam longkang di Lorong Demak Baru, Fasa 3.

“Kami percaya buaya ini tersesat ketika air pasang dan besar kemungkinan terperangkap dalam longkang selepas air surut,” katanya.

Menurut Tan, buaya tersebut datang dari sungai berdekatan berikutan faktor perubahan cuaca serta proses pasang surut air menyebabkan reptilia itu tersesat selain mencari makanan.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya turut memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perhutanan dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×