[VIDEO] Terima aduan daripada keluarga, Imigresen serbu 3 premis hiburan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Terima aduan daripada keluarga, Imigresen serbu 3 premis hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menyerbu tiga premis sempena penutupan Op Mega 2018 dan menahan sebanyak 65 individu termasuk tujuh warga tempatan di sekitar ibu negara malam tadi.

Dalam serbuan bermula pukul 9.30 malam itu, tiga premis di Jalan Kuchai Lama, Jalan Raja Laut serta Jalan Pudu berkenaan didapati menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan menggajikan wanita warga asing.

Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, serbuan dibuat berdasarkan lebih 100 aduan yang diterima kebanyakannya dari ahli keluarga pelanggan kegiatan tidak bermoral tersebut yang meminta Imigresen menyelamatkan ahli keluarga mereka.

PENGARAH Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam ketika sidang akhbar selepas
PENGARAH Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam ketika sidang akhbar selepas mengetuai Op Mega terakhir 2018 di pusat KTV di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN ONLINE

“Mereka menghantar aduan menerusi surat serta e-mel dan menyalurkan maklumat premis yang sering dikunjungi ahli keluarga mereka sebelum kita menghantar pasukan untuk membuat risikan.

“Daripada hasil risikan itu kita buat serbuan seumpama ini dan secara tidak langsung mengekang pelanggan daripada terus menjalankan kegiatan tidak bermoral,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi terakhir di sebuah kelab KTV di Jalan Pudu, di sini awal pagi tadi.

Tambah Hamidi, kesemua warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Myanmar dan Thailand berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

“Ada antara mereka dikesan menyalahguna permit perkahwinan untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan manakala yang lain didapati menggunakan pas lawatan sosial,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN