KLANG 5 Jan. – Penjenayah terus menjadikan tabung masjid sebagai sasaran mereka bagi mendapatkan wang segera. Dalam kejadian awal pagi ini, seorang penjenayah telah memasuki Masjid Badariah Batu 12 Kapar dan bertindak memecahkan tabung di masjid berkenaan. Menurut siak masjid berkenaan, Dzulkefli Arshad, kejadian disedari kira-kira pukul 5.30 pagi ini ketika jemaah datang ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Jelasnya, ini merupakan kejadian pertama pada tahun ini dan jumlah kerugian…










