[VIDEO] Sultan Ibrahim pandu Proton Saga hantar Tun M ke LTAS - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sultan Ibrahim pandu Proton Saga hantar Tun M ke LTAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini dengan menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN & ZULHISHAM ISAHAK

Sultan Ibrahim memandu sendiri kenderaan berwarna biru muda itu sambil ditemani Mahathir yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Kereta dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985.

Pertemuan antara kedua-dua pihak itu berlangsung selama kira-kira sejam setengah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×