[VIDEO] Skim perlindungan untuk B40 dilancar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Skim perlindungan untuk B40 dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Jan. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) dengan menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma.

Dr. Mahathir berkata, skim itu menyediakan perlindu­ngan takaful kepada golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat berumur 18 hingga 55 tahun.

Menurut beliau, inisiatif itu dapat membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga.

“Kerajaan Pakatan Harapan merasai keperitan ditanggung oleh rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit atau kemalangan,” katanya ketika berucap merasmikan skim mySalam di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Great Eastern Holdings Bhd., Khor Hock Seng.

Menurut Dr. Mahathir, skim mySalam yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan satu langkah signifikan untuk me­rangka sebuah dasar pemba­ngunan kewangan yang lebih inklusif di Malaysia.

“Skim ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kala­ngan B40 mengenai perlin­dungan insurans dan takaful, ia melibatkan sumbangan permulaan yang besar iaitu sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern Life,” katanya.

Video oleh HAKIMI ISMAIL

Sementara itu Guan Eng ber­kata, penerima mySalam layak mendapat perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal termasuk kanser, serangan jantung, dan alzheimer.

Katanya, penerima akan mendapat bayaran secara one-off sebanyak RM8,000 sekiranya dikenal pasti menghidapi salah satu daripada penyakit kritikal tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×