KOTA BHARU – Kejadian aneh pokok petai ‘menangis’ di Kampung Petani, Sering di sini yang tular di media sosial baru-baru ini, mungkin berpunca daripada serangga reriang, kata seorang pemanjat pokok yang telah cuba memanjat pokok petai setinggi 30m itu untuk mencari kepastian punca kejadian. Tan Syamsul Tuan Kechik, 31, penduduk kampung di situ berkata, beliau telah memanjat pokok petai itu dan menemui serangga berkenaan dalam jumlah yang banyak, yang membuatkan beliau…










