MELAKA 4 Jan. – Sebuah pondok menempatkan kaunter bayaran letak kereta yang baru dibina di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini. Kebakaran melibatkan pondok berukuran 1.8 meter x 1.8 meter dibina syarikat swasta dan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam. Bagaimanapun Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.02 pagi dan sepasukan tujuh anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya