BENTONG 3 Jan. – Pertengkaran mulut antara Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan beberapa individu yang sedang membersihkan kawasan tanah kebun berhampiran Manchis di sini tular dalam media sosial. Video berdurasi 4.36 minit itu menyaksikan Wong Tack seolah-olah tidak dapat mengawal emosi dan meminta proses membersihkan kawasan kebun berkenaan yang didakwa ditanam pokok buah-buahan penduduk di tanah milik kerajaan dihentikan. Susulan pertengkaran dalam keadaan beremosi itu yang menyaksikan Wong Tack turut menyatakan pihaknya adalah ‘kerajaan pada masa ini’ menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Antaranya, netizen mempersoalkan cara dan sikap selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya