[VIDEO] Penggangur ditahan dipercayai edar dadah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penggangur ditahan dipercayai edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jan.- Polis menahan seorang penganggur dipercayai pengedar dadah di kawasan meletak motosikal di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Boy ditahan pasukan Narkotik IPD Dang Wangi kira-kira pukul 1 petang.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan 300 peket dipercayai dadah jenis heroin seberat 527.28 gram di dalam plastik hitam yang diletakkan dalam bakul motosikalnya.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif jenis morfin,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Shaharudin, nilai keseluruhan rampasan dadah ialah RM15,000 dan kesemua dadah tersebut boleh digunakan untuk 1,050 penagih.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selama tujuh hari bermula semalam. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN