KANGAR 9 Jan. – Kemelut yang ‘membadai’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri ini makin parah dengan terbaharu Pengerusinya, Ameir Hassan didesak meletakkan jawatan oleh hampir keseluruhan kepemimpinan bahagian, cawangan dan sayap-sayap parti itu. IZIZAM IBRAHIM Kesemua mereka diketuai Timbalan Pengerusi Bersatu negeri, Izizam Ibrahim yang mengadakan sidang akhbar di sini hari ini, sebulat suara menyatakan sudah hilang kepercayaan kepada Ameir dan menyifatkan beliau telah gagal menguruskan parti dengan baik.…










