ARAU 2 Jan. – Kisah Nur Najihah Kadin, 17, anak kepada seorang penoreh getah dari Kampung Katong di sini yang tidak mampu membeli kelengkapan sekolah seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia kelmarin, terus mendapat perhatian oleh ramai pihak yang kini tampil menghulurkan bantuan. Hari ini, remaja yang bakal memasuki tingkatan lima sekolah vokasional itu menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pula yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa pendidikan negeri,…










