[VIDEO] Ahli Parlimen didakwa berucap berunsur politik di hadapan murid - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ahli Parlimen didakwa berucap berunsur politik di hadapan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan.- Tular dalam media sosial sejak semalam, rakaman video Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd. Yunus yang didakwa mengungkapkan ucapan berunsur politik di hadapan murid sekolah rendah di Beranang, Selangor, Sabtu lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 24 saat itu, Hasanuddin antara lain berucap menjelaskan bahawa kerajaan terpaksa mencatu beberapa rancangan yang diatur untuk kepentingan orang ramai kerana perlu membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

“Kita bayar kerana jaminan daripada kerajaan, di atas pinjaman yang dibuat oleh 1MDB, RM41 bilion tak termasuk faedah setiap tahun.

“Kejutan itu telah membuatkan kerajaan merasa bertanggungjawab untuk bayar hutang-hutang itu dan beberapa rancangan yang diatur untuk kepentingan orang ramai terpaksa dicatu sedikit,” katanya dalam ucapan tersebut. 

Dalam pada itu, pemilik akaun Facebook, Fuad Abdul Rahman yang memuat naik video tersebut turut berkongsikan beberapa keping gambar dan poster program yang dihadiri oleh Naib Presiden Amanah tersebut. 

 

Menerusi perkongsiannya itu, video tersebut dipercayai dirakam di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, Beranang dalam program Kursus Kepimpinan dan Sahsiah, Badan Beruniform dan Pengawas sekolah tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN