UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut sama melaksanakan inisiatif bagi menyemarakkan industri pelancongan dalam negeri Melaka melalui Pusat Edu-Pelancongan. Penubuhan pusat tersebut bagi menarik lebih ramai pelancong ke Melaka sekali gus menjadikan UTeM sebagai sebuah hab edupelancongan di negeri berkenaan. Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Profesor Zulkifilie Ibrahim, penubuhan pusat itu adalah untuk mengendalikan program pelancongan yang berkualiti ke arah penjanaan pendapatan serta mempromosikan UTeM secara langsung…










