Undur diri untuk bersihkan institusi perundangan negara - Utusan Malaysia

Undur diri untuk bersihkan institusi perundangan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 20 Jan. – Semua individu penting dalam perundangan
negara yang aksi mereka menari dirakam pada dalam satu majlis makan malam
diminta meletakan jawatan secara sukarela untuk membersihkan institusi
perundangan negara.

Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden 
parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat juga 
perlu permohonan maaf kepada rakyat memandangkan ia merupakan satu 
perkara yang amat tidak wajar dilakukan mereka.

Katanya, kesemua individu terlibat perlu mengundurkan diri secara 
sukarela untuk membersihkan kembali persepsi buruk yang telah terpalit 
terhadap badan-badan yang diwakili mereka.  

“Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy 
Thomas dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ini 
merupakan orang yang mempunyai kepentingan pada waktu-waktu tertentu. 

“Perbuatan berjoget bersama walaupun ia hak individu masing-masing, namun 
perkara itu telah membawa persepsi yang buruk terhadap badan-badan 
diwakili mereka terutamanya institusi kehakiman itu sendiri.

“Mereka perlu mengundur diri untuk membersihkan institusi perundangan 
negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan dan 
ramah mesra di Pasar Pagi dan Pasar Tani Brinchang di sini hari ini. – 
UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN