Undang-undang bola pro kita longgar - Khalid - Utusan Malaysia

Undang-undang bola pro kita longgar – Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Undang-undang bola sepak profesional di Malaysia masih longgar sehingga isu pemain berpindah pasukan sesuka hati setibanya musim baharu pasti akan timbul walaupun sehingga lima tahun akan datang.

Legenda bola sepak negara, Khalid Ali berkata, “kita tidak boleh salahkan pemain jika timbul isu mereka berpindah pasukan (sebab) undang-undang bola sepak profesinal kita sejak 1992 masih begitu longgar dan tidak ditegaskan.

“Kalau banyak pasukan lain sudah bermasalah, tentulah pemain ini akan cari kemudahan, masa depan dan tempat yang terbaik untuk karier iaitu JDT (Johor Darul Ta’zim). Di sinilah tempat idaman semua pemain di Malaysia sekarang.

“Karier bola sepak pun tidak panjang, hanya dalam 10 hingga 13 tahun. Kita kena terima hakikat mereka perlukan gaji dan pasukan yang terbaik untuk menampung kehidupan apabila sudah bersara nanti.

“Mungkin mereka juga pilih JDT sebagai saluran ke peringkat lebih tinggi di Asia seperti ke Jepun dan Korea (melalui Liga Juara-juara Asia),” kata anggota skuad negara yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 ini.

Khalid yang ditemui selepas majlis penyerahan Skim Bantuan Khas Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Majlis Sukan Negara di sini hari ini, mengulas mengulas isu Akhyar Rashid ke JDT yang masih dipertikaikan bekas pasukannya, Kedah.

Mengenai kemungkinan Akhyar hanya memanaskan bangku simpanan JDT yang turut dibanjiri bintang kebangsaan dan import handalan, katanya, “kalau kekal di Kedah mungkin dia dapat main banyak perlawanan tetapi JDT pun ada program untuk menyalurkan pemain semudanya.

“Jika bukan JDT I, mungkin boleh ke JDT II (Liga Perdana) atau III (skuad Piala Presiden),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN