Undang-undang bahan khayal akan digubal - TPM - Utusan Malaysia

Undang-undang bahan khayal akan digubal – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju agar cadangan rang undang-undang bahan khayal digubal bagi tujuan mencegah, merawat dan membolehkan pengawasan penagih atau pengguna bahan khayal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu adalah bagi menangani masalah penyalahgunaan bahan khayal atau inhalan seperti gam dalam kalangan remaja.

“Ini adalah satu masalah sosial yang meruncing apabila ada kanak-kanak seawal usia 10 tahun sudah menghidu gam.

“Bahan khayal termasuk ubat psikotropik dan gam tidak dikategorikan sebagai bahan haram tetapi campurannya mengkhayalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat JKMD bilangan 1/2019 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×