LIPIS 15 Jan. – Janji yang gagal ditunaikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi antara keluhan yang sering didengari Wanita UMNO dalam program Ziarah Sayang yang dilaksanakan sayap parti itu di sekitar kawasan Parlimen Cameron Highlands. Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, melalui program itu mereka mendengar sendiri dari hati ke hati keluhan masyarakat akar umbi yang berasa semakin tertekan dan resah dengan pelbagai situasi yang berlaku pada masa ini.…










