TIDAK seperti penyu atau kura-kura, tuntung sungai atau nama saintifiknya, Batagur affinis kurang dikenali oleh masyarakat. Namun haiwan tersebut disifatkan sebagai istimewa kerana memainkan peranan penting dalam menjaga ekosistem sungai. Selain Perak dan Terengganu, tuntung juga sinonim di Kedah, banyak terdapat di Sungai Bukit Pinang dan Sungai Muda. Malah, Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada zaman mudanya sekitar 1960-an juga dikatakan selalu berkhemah di Bukit Pinang dan pada waktu malam akan merangkak untuk melihat orang kampung mengambil telur tuntung. Disebabkan itulah, baginda mengenali dengan begitu baik sifat-sifat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya