Tular petani buang hasil pertanian di atas jalan - Utusan Malaysia

Tular petani buang hasil pertanian di atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Jan. – Tindakan sekumpulan petani di Jambi bertindak membuang kentang, cili, kobis dan bawang di atas jalan dipercayai gara-gara kecewa dengan harga hasil pertanian yang semakin murah menjadi tular di media sosial.

Detik.com melaporkan, rakaman video berdurasi seminit yang berlaku semalam di Kayu Aro, Kerinci memperlihatkan petani tampak kesal hingga membuang hasil pertanian mereka di atas jalan,

Ketua Desa Koto Tengah, Sarbutet yang juga petani mengesahkan kejadian tersebut.

“Harga kentang, cili merah, kobis dan bawang sudah menjadi sangat murah sekarang, Keadaan ini merugikan petani,” kata Sarbutet ketika dihubungi Detik.com di sini hari ini.

Tindakan itu dibuat sebagai bantahan kerana harga hasil pertanian yang jatuh sehingga merugikan petani.

Harga kentang sebelum ini antara 5,000 hingga 7,000 rupiah (RM1.50 – RM2.05) sekilogram, kini jatuh kepada 3,000 rupiah (90 sen).

Cili merah pula dijual 6,000 rupiah (RM1.80) sekilogram berbanding sebelum ini, 20,000 rupiah (RM5.90).

Kejatuhan harga hasil pertanian terbabit kerana berlakunya lambakan di pasaran.

“Harga yang terlalu murah ini bukan sahaja menyebabkan kami tidak mendapat untung malah kerugian hingga tidak mendapat modal.

“Diharapkan kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian segera bagi membantu petani kerana keadaan itu (kejatuhan harga hasil pertanian) sudah berlarutan sejak enam bulan lalu,” ujar Sarbutet. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN