Tujuh sekolah terjejas banjir di Sabah ditutup - Utusan Malaysia

Tujuh sekolah terjejas banjir di Sabah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 28 Jan. – Sebanyak tujuh sekolah termasuk sebuah sekolah menengah ditutup akibat banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.

Mistirine Radin
Mistirine Radin 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin ketika dihubungi di sini hari ini berkata sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 1,989 murid dan 173 guru di daerah Sandakan dan Pitas.

Beliau berkata sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok, SK Binsulung, SK Sungai-Sungai dan SK Tampat di daerah Sandakan manakala di daerah Pitas melibatkan SK Sosop, SK Kusilad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2.

Katanya selain terjejas banjir, ada juga sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu SK Pamol di daerah Sandakan, SK Ranau di Kota Marudu dan SK Pekan Pitas 2, Pitas. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×