KUALA LUMPUR 29 Jan. – Tujuh perokok berjaya memperoleh kebenaran bagi mencabar larangan merokok di semua premis makanan oleh Kementerian Kesihatan yang berkuatkuasa 1 Januari lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizah Nawawi memutuskan demikian di kamar hakim di sini dengan dihadiri peguam-peguam Mohamed Haniff khatri Abdulla dan Datuk M. Reza Hassan bagi pihak individu itu selaku pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili Kementerian Kesihatan sebagai responden tunggal. Bagaimanapun…










