Tujuh maut dalam insiden tembakan rambang - Utusan Malaysia

Tujuh maut dalam insiden tembakan rambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY 8 Jan. – Seorang lelaki melepaskan tembakan dalam sebuah bar di bandar Playa del Carmen, menyebabkan tujuh orang terbunuh.

“Enam orang mati serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital,” kata Menteri Keselamatan Awam Negeri Quintana Roo, Alberto Capella.

Media tempatan melaporkan bar berkenaan terletak kira-kira 10 minit dari pusat zon pelancong utama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×