IPOH 28 Jan. – Menggarap teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) melalui penggunaan sistem Touch ‘n Toilet, itu rahsia Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam, Chemor di sini sehingga dianugerahkan tempat pertama dalam pertandingan pengiktirafan tandas awam bersih peringkat kebangsaan 2019 bagi kategori sekolah rendah. Sistem tersebut yang mula diguna pakai di tandas murid lelaki sejak tahun lalu, mengkehendaki murid untuk mengimbas kad identiti pelajar sebelum memasuki tandas. Di luar pintu tandas,…










