KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pahang tampak ‘low profile’ berbanding pencabar utama Liga Super yang lain, namun hakikatnya skuad Tok Gajah kali ini sebenarnya lebih mantap berbanding musim lalu. Skuad bimbingan Dollah Salleh itu akan memulakan kempen musim baharu dengan bertandang ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini. “Kita memiliki kekuatan lebih mantap, untuk menyaingi pasukan lain pada musim 2019, cuma persiapan sedikit terganggu kerana dua pemain import iaitu Dickson Nwakaeme…










