KUALA LUMPUR – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cadangan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membawa isu perpindahan penyerang muda negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). “Jikalau Kedah merasakan bahawa mereka mahu membawa Akhyar atau Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ataupun FIFA, teruskan,” jelas baginda yang dipetik sebagai…










