Tipu penyata bank: Dua pengurus syarikat direman SPRM - Utusan Malaysia

Tipu penyata bank: Dua pengurus syarikat direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU 15 Jan. – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk reman dua pengurus syarikat selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pengemukaan penyata bank palsu bagi mendapatkan kontrak pembekalan makanan bermasak bernilai hampir RM8 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ryan Sagiran Rayner Jr bermula hari ini sehingga 21 Januari ini.

Suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita itu ditangkap semalam di sekitar Lahad Datu dan Semporna antara pukul 10.20 pagi hingga 12.45 tengah hari.

Kos kontrak itu yang melibatkan suspek lelaki bernilai RM5,340,000 manakala kontrak bagi suspek wanita RM2,610,250 iaitu masing-masing tendee pembekalan makanan bermasak bagi sekolah harian asrama dan sebuah kolej di sini sejak tahun 2016.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau 20 tahun penjara. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×