Tindakan terhadap premis hotel haram - Utusan Malaysia

Tindakan terhadap premis hotel haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Jan. – Satu mekanisme baharu akan digerakkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam usaha menangani isu lambakan premis hotel haram di negara ini

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, langkah itu akan dilakukan sekiranya isu berkenaan didapati sukar untuk dikekang.

Menurut beliau, pihaknya pada masa sama tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha premis seumpama itu.

“Jika benar mereka ini melakukan perkara ini dan benar lambakan premis haram itu wujud, maka pihak berkaitan perlu menyerahkan senarai itu kepada kementerian dan pihak berkuasa tempatan untuk diambil tindakan.

“Jika wujud maka saya akan menggerakkan agensi sedia ada untuk berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini berhubung isu peningkatan hotel-hotel haram di sekitar Georgetown yang merupakan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut Mohamaddin, pihaknya akan melaksanakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengesan kewujudan premis-premis haram itu secara lebih kerap.

“Jika boleh kita mahu ia dilakukan sebulan sekali agar usaha penipuan inu dapat dipatahkan secara tuntas.

“Perbincangan akan turut diadakan bagi membincangkan tindakan tegas bagaimana yang boleh diambil selain tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, Akta 482,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar orang ramai melaporkan segera kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya wujud premis haram terbabit di kawasan mereka.

“Apabila telah terbukti wujudnya premis haram ini maka perbincangan akan turut diadakan bersama kementerian berkaitan bagi menyaring dan menyekat laman-laman web yang dibangunkan pengusaha haram terbabit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN